| rentetan(string) | Jujukan susunan aksara, perkataan, atau unsur yang bersambungan. | Kamus Komputer |
| kod rentetan(string code) | Jujukan susunan kod suruhan yang berkait. Dalam susunan ini, suruhan yang tugasnya selesai dikerjakan akan memanggil suruhan yang berikut pula untuk melakukan kerja. Suruhan tersebut pula, apabila selesai, akan memanggil suruhan seterusnya. | Kamus Komputer |
| rentetan kosong(empty string) | Pemboleh ubah rentetan yang tidak mempunyai sebarang aksara di dalamnya. | Kamus Komputer |
| rentetan aksara(character string) | Jujukan atau kumpulan aksara yang disusun dalam satu baris panjang. | Kamus Komputer |