| tanah I | 1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tempat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian permukaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak bertiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusahakan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id bahagian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau diusahakan orang; ~ kuburan (mati, perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perseorangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (perkuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ menanjung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengandung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah kepunyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk sementara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan bertemu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; menimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meranggaskan | menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| subur | 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengandungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah mendapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyuburkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kesuburan | 1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ranggas | 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tubuh | 1 = ~ badan seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. ~ halus roh atau jiwa bagi seseorang yg hidup. ~ kasar jasad. bertubuh 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. menubuhkan 1 mendirikan sesuatu persatuan dll; membentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. tertubuh sudah ditubuhkan: Hubungan ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. setubuh; bersetubuh bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran. menyetubuhi bersetubuh dgn; meniduri. persetubuhan perbuatan atau hal bersetubuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hidup | 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hidup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hidup | 1. bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2. tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3. berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4. masih bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5. mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1. benar-benar hidup: Kalau tidak melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2. dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api dll): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1. segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan dsb) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2. = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu dll) yg diternakkan; binatang yg dipelihara. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~ saya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin dsb yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar |
| bunga | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hendak | 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |