| lompat I | perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permainan kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rintangan yg dapat ditinggikan atau direndahkan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan meloncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, menerkam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| voli | (Suk) tendangan atau pukulan balik (dlm bola sepak, tenis dsb) yg dilakukan sebelum bola menyentuh tanah: seseorang pemain dikira membuat ~ jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| triatlon | (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yg berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ofsaid | (Suk) berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga menjadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lombol | (Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ining | (Suk) (dlm kriket atau besbol) giliran seseorang pemain atau sesuatu pasukan membuat pukulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hatrik | (Suk) penjaringan tiga gol oleh pemain yg sama dlm satu perlawanan bola sepak: beliau hampir memperoleh ~ tetapi sepakan percumanya pd minit-minit terakhir terkena palang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| futsal | (Suk) sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| forwad | (Suk) pemain atau kedudukan barisan penyerang (bkn permainan bola sepak, hoki dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pentatlon | (péntatlon) (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap pesertanya mengambil bahagian dlm lima acara yg berlainan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |