| berkampung | berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| apa | 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya maka ia menangis? mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ditilik drpd | (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menilik kpd | (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menerkam | 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, menerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pergi | 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkam | menerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, me-nerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; terkaman 1. hasil menerkam, serangan, serbuan: dgn mudah dia dapat mengelakkan ~ itu; 2. ki cengkaman, kekuasaan; berterkaman bersama-sama menerkam, banyak yg menerkam: ibu dan ayahnya ~ menerpa api yg cuba menjilat dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maslahat | Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg mendatangkan faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di hada-pannya dan tidak mempermudah-mudah-kan sesuatu ~ yg mengenai orang ramai; se-tiap langkah, peraturan dan undang-undang yg dapat melindungi dan mempertahankan perkara yg disebutkan tadi adalah ~; kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg sa-lah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentu | 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |