| jalan pintas | jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pintas | ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = memintasi melintasi, melalui, menjalani, mengatasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terpeluk | tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menakut-nakutkan | membuat sesuatu (mengugut dll) supaya takut: ia diugut-ugut dan ditakut-takutkan; ia mengherdik dan ~ budak-budak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pijat-pijat | sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pijat II | sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kempunan | 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tuma | sj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diperoleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peluk | 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bayang-bayang | 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |