| menggeletarkan | menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| geletar | ; menggeletar gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll): takutlah ia, ~ segala sendi anggotanya;menggeletarkan menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembah sujud | memberi hormat dgn bertelut sambil menundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghadapi | 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sujud | Ar 1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dlm sembahyang dll: perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan drpd seorang hamba kpd Allah; 2. = sembah ~ memberi hormat dgn bertelut sambil menundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; 3. ki menghormati akan, patuh kpd: habis, dia tak ~ pd agama Islam sebelum mati? ~ sahwi sujud sebanyak dua kali yg sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan spt membaca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat; bersujud melakukan sujud: ingin ia cepat-cepat ~ menyembah di hadapannya; tersujud duduk membongkok spt bersujud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pukul I | 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hadap | 1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan di hadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |