Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memancar1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu, ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seram I1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, me­nakut­­-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
memancar1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan.Kamus Pelajar
pancar; berpancaran memancut (keluar) ke berbagai-bagai arah atau ke sana sini. memancar 1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu, ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan. memancarkan 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini, terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. pancaran 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran. ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. pemancaran perbuatan (hal dsb) memancar atau memancarkan. pemancar 1 alat utk memancarkan; alat yg memancarkan: ~ air alat utk memancarkan air. 2 sesuatu yg memancarkan: alat ~; stesen ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pancar; berpancaranmemancut (keluar) ke berbagai-bagai arah atau ke sana sini. memancar 1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan. memancarkan 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. pancaran 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. pemancaran perbuatan (hal dsb) memancar atau memancarkan. pemancar 1 alat utk memancarkan; alat yg memancarkan: ~ air alat utk memancarkan air. 2 sesuatu yg memancarkan: alat ~; stesen ~.Kamus Pelajar
datang1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lam­baikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan men­cuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd pe­rempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut jan­jinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) menda­tangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pandang1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas (selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting; alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakam­an, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~ tinggi menganggap mulia (berharga dll); ~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti); berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; memandang 1. menggunakan mata utk me­ngetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempeduli­kan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan per­hatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) mengang­gap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, me­mikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; pandang-memandang 1. berpandang-pan­dangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (meng­hargai dll), hormat-menghormati, segan­-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~; memandangi memandang dgn teliti, meli­hati, mengamati: isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja; terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu selepas perpisahan itu, ~ saya akan rupanya; terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya; memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; berpandangan mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil me­mandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; sepandangan sejauh yg dapat dipandang; pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
darah I1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas