| terperikan | terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terperi | terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkatakan | dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tersifatkan | terperikan, terkatakan, terkhabarkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak terperi | tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak terkirakan | tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak terkira(-kira) | a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkira | terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tersebut | 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bisu | tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; ~ tuli bisu dan tuli; filem ~ filem yg tidak bersuara; bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu; yg ~ penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar: ia diam ~;kebisuan 1. keadaan bisu: ~nya berpunca drpd kerosakan organ pertuturannya; 2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yg berada di sesuatu tempat itu membisu: dlm ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;pembisuan perihal (sikap) membisu: ~ orang-orangnya ditafsirkan sbg satu persetujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |