| terlompat | 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terlompat-lompat | sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terlompat | 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perkataannya terlompat | terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terloncat | terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunjang-tonjet | terlompat-lompat ke sana ke mari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkinjat | tersentak, terlompat, terperanjat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkincak-kincak | terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kincak | ; terkincak-kincak terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terperanjat | tiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |