| berendang | yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keracunan | kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| racun | 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| termakan bulan | telah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| termakan budi | telah menerima pertolongan atau kebaikan seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| termakan | 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| termakan oleh akal | masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termakan janji | tidak menepati janji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termakan dlm hati | meresap dlm hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termakan bulan | terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |