| penghirisan masa(time slicing) | Penjadualan proses yang dijalankan oleh sistem. Dalam penjadualan ini proses dibenarkan bekerja untuk suatu hirisan masa yang disebut kuantum sebelum penjadualan semula dijalankan. | Kamus Komputer |
| hirisan masa(time slice) | Suatu unit tempoh masa tertentu yang diberikan oleh sistem kepada suatu proses untuk bekerja dan menggunakan sumber sistem dalam penjadualan proses. Hirisan masa ini juga disebut kuantum. | Kamus Komputer |
| get masa(time gate) | Peranti yang hanya memberi output pada waktu tertentu sahaja. | Kamus Komputer |
| bom jangka(time bomb) | Atur cara haram yang disorok dalam ingatan komputer dan akan aktif untuk merosakkan sistem pada waktu yang telah disetkan oleh penciptanya. | Kamus Komputer |
| sempat(just in time) | Kaedah membekalkan komponen pembuatan yang diperlukan oleh pelanggan tepat pada masa yang diperlukan. Kaedah ini digunakan untuk mengurangkan ruang penyimpanan di tempat pelanggan dan memastikan barangan yang dikirim merupakan yang terbaru. Singkatan JIT. | Kamus Komputer |
| masa tunggu(wait time) | 1. Masa yang perlu ditunggu oleh sesuatu proses sebelum dapat meneruskan pemprosesan. 2. Masa yang perlu ditunggu oleh proses atau pengguna dalam baris gilir sebelum mendapat layanan. | Kamus Komputer |
| masa tulis(write time) | Tempoh yang diperlukan untuk merakamkan data ke dalam peranti ingatan. | Kamus Komputer |
| masa tambah(add time) | Tempoh yang diperlukan oleh pemproses untuk mengerjakan penambahan. Tempoh ini termasuk masa yang diperlukan untuk mendapatkan nombor tambahan daripada simpanan dan meletakkan hasil tambahan ke dalam ingatan. | Kamus Komputer |
| masa sambung(connect time) | 1. Ukuran jangka masa penggunaan sistem komputer oleh pengguna. Masa ini dikira sebagai tempoh di antara masa pengguna log masuk dengan masa pengguna log keluar sistem. 2. Jangka masa saluran talian penghantaran disambungkan pada peranti. | Kamus Komputer |
| masa produktif(productive time) | Masa pemprosesan kerja sebenar tanpa sebarang kegagalan atau kesilapan. | Kamus Komputer |