Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin a gas


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ozonist gas tidak berwarna, iaitu satu bentuk oksigen yg terdiri drpd tiga atom oksigen dlm satu mole­kul. lapisan ~ lapisan atmosfera yg tinggi kandungan ozonnya dan ber­tin­dak sbg perisai terhadap sinar ul­traungu matahari, sinar ini memudaratkan ke­hidupan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tabung I1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damak; ~ darah badan yg me­ngumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, pe­nyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan.Kamus Dewan Edisi Keempat
padat1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas