| bebola jejak(track ball) | Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek pada paparan. Peranti ini menggunakan bola yang apabila digerakkan akan menggerakkan kursor. | Kamus Komputer |
| runut suap(feed track) | Bahagian tepi kertas cetakan atau bahagian tengah pita kertas yang mengandungi lubang kecil untuk menerima gegancu yang menggerakkan kertas ke hadapan. | Kamus Komputer |
| runut jam(clock track) | Jejak pada permukaan bahantara rakaman yang dirakamkan dengan suatu corak digit dan bertindak sebagai isyarat rujukan. Runut jam merupakan isyarat jam penyegerakan pada maklumat yang terakam dalam bahantara rakaman tersebut. | Kamus Komputer |
| runut jam penanda(clock marker track) | Jejak yang dilalui oleh jam penanda sistem. | Kamus Komputer |