| kemelayuan | ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kampung | 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengumpulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tenaga batin | a) keupayaan melakukan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tradisional | berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ikatan | 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| musuh I | 1. orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg mengancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg merosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbangan, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tumbuhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dalam I | 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manfaat | 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba; bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: se-tiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn ke-baikan hendaklah dilindungi dan diusaha-kan; 2. kebaikan, kegunaan; pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Melayu | nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |