Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunggu;

Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nanti IItunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai be­berapa lamanya hingga beralih mata­hari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg ber­hajat kpd seseorang yg tidak sangat berke­hendak kepadanya; b) menantikan perto­longan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu mem­bingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, pe­nyam­but tetamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggu; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tung­gu dlm keadaan me­nunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal me­nunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggu IIIMn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji).Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggu II; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggu kejapnanti sebentar;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggu(wait)1. Ciri pemprosesan yang memaksa sesuatu proses berhenti sehingga capaian atau pencarian data selesai sebelum meneruskan pengerjaannya. 2. Nama suruhan bahasa aras rendah yang membuatkan proses menunggu untuk suatu masa tertentu.Kamus Komputer
tunggu; bertunggu4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan orang ada ~nya.Kamus Pelajar
tunggu; bertunggu3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat.Kamus Pelajar
tunggu; bertunggu2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll.Kamus Pelajar
tunggu; bertunggu1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga.Kamus Pelajar
1234567

Kembali ke atas