| tunggu(wait) | 1. Ciri pemprosesan yang memaksa sesuatu proses berhenti sehingga capaian atau pencarian data selesai sebelum meneruskan pengerjaannya. 2. Nama suruhan bahasa aras rendah yang membuatkan proses menunggu untuk suatu masa tertentu. | Kamus Komputer |
| senarai tunggu(wait list) | 1. Susunan data atau tugas yang belum sempat dikerjakan oleh pemproses. 2. Senarai pengguna atau peranti yang menunggu untuk dibenarkan mengguna sumber atau kemudahan sistem. | Kamus Komputer |
| masa tunggu(wait time) | 1. Masa yang perlu ditunggu oleh sesuatu proses sebelum dapat meneruskan pemprosesan. 2. Masa yang perlu ditunggu oleh proses atau pengguna dalam baris gilir sebelum mendapat layanan. | Kamus Komputer |
| keadaan tunggu(wait state) | 1. Keadaan proses yang terpaksa menunggu sehingga capaian atau carian selesai untuk mendapatkan data sebelum pemprosesan diteruskan. 2. Keadaan ketika unit pemprosesan pusat melahu (iaitu tidak melakukan sebarang tugas berfaedah) dan menunggu tindakan lanjut pengguna. | Kamus Komputer |