Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
norbiksin. Anato digunakan dalam pembuatan sarung sosej, oleomarjerin, lelemak dan keju. (TEKMA) annelid (anelid) Lihat Annelida. (BIO) Annelida (Annelida) Filum invertebrat yang terdiri daripada cacing yang berbilang segmen, ber- badan lembut dan memanjang seperti silinder. Setiap segmen mempunyai bulu kejur. Filum ini mempunyai selom, sistem darah, sistem perkumuhan melalui nefridium, sistem saraf yang agak kompleks dan kutikel yang lentur, lembap dan sekata kerana terdapat tisu paren - kima yang keras. Ketumpatan keringan udara kayu ara berjulat antara 350 kg/ m 3 hingga 640 kg/m 3 , dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ara tidak kuat, mudah diproses dan mempunyai sifat pengeringan yang baik. Kayu ini digunakan dalam pembuatan kotak kayu, sepit dan papan lapis yang bermutu rendah. (HUT) araban

Kembali ke atas