Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba

Puisi
 

Hendak menjala jala tersangkut,
     Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
     Hati takut dicuba juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mendirikan (= menegakkan) benang basah.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
padanan bahasa Melayu yang setara kelas katanya Kamus Thai 2.indb 13 4/15/2008 10:58:39 AM xiv dengan kata entri bahasa Thai, walaupun dalam banyak hal kami mencuba sedaya upaya untuk mencari padanan yang setara kelas katanya. Keadaan ini memang sudah dijangkakan dalam penyusunan kamus dwibahasa yang melibatkan dua bahasa yang jauh berbeza. Ini bermakna, dalam kes tertentu
Kamus Thai 2.indb
mereka dalam bilik peperiksaan. ลอกคราบ [-kra:p] ก bersalin kulit: งูเป็นสัตว ์ ที่ ลอกคราบ Ular adalah bina- tang yang bersalin kulit. ล็อกเกต [lkket] น loket ลอง [l:] ก 1 mencuba: คุณสามารถลอง กางเกงตัวนี้ ได ้ ในห ้ องนั้ น Encik boleh men- cuba seluar ini di dalam bilik itu. 2 cuba: เขาลองยกหินก ้ อนใหญ ่ นั้ น Dia cuba mengangkat batu

Kembali ke atas