Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,