Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : bahagian layar yg boleh digulung (utk mengurangi angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setinggi

Puisi
 

Pokok pauh di tanah seberang,
     Benih berasal dari kampung;
Dari jauh kami nan datang,
     Besar harapan setinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Setinggi-tinggi melanting,
     jatuhnya ke tanah juga.

Bermaksud :

Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
yang demikian, bagi saya kerja menghasilkan teks rujukan begitu penting untuk menampung keperluan pembelajaran bahasa Melayu bagi pelajar, pengajar dan masyarakat umum di Thailand. Usaha ini patut diberikan penghargaan yang setinggi-tingginya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada pihak DBP mahu pun PSU yang berusaha merealisasikan memorandum persefahaman DBP-PSU sehingga matlamatnya tercapai. Jutaan

Kembali ke atas