Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
374All men must dieSemua orang pasti mati.Mumbang jatuh, kelapa jatuhI just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
373All men must dieSemua orang pasti mati.Bunga gugur putik pun gugurI just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
372All men must dieSemua orang pasti mati.Mana tali berpunca tak berhujung?I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
371All men are mortalSemua orang pasti mati.Mana tali berpunca tak berhujung?I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must mortal. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
375All men must dieSemua orang pasti mati.Singkat tidak terulas, panjang tidak terkeratI just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
377Death is sure to allSemua orang pasti mati.Mana tali berpunca tak berhujung?I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But death is sure to all .Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
68Never buy a pig in a pokeJangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.Membeli kucing dalam karung"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
67Don't buy a pig in a pokeJangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.Membeli kucing dalam karung"Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas