Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan berĀ­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; menĀ­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : beberapa buah takal yg digunakan utk mengangkat benda-benda berat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.


Lihat selanjutnya...(317)
Peribahasa

Sayang garam sececah,
     busuk kerbau seekor.

Bermaksud :

Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.

 

Lihat selanjutnya...(38)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
174He that would eat the fruit must climb the treeJika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberangFinally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
476When poverty comes in at the door, love flies out of the windowApabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
478When the wolf comes in at the door, love creeps out of the windowApabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
146You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayangThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
147You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayangThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
145You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Kuda tua dipekerjakan tak boleh, nak dibunuh sayangThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti kuda tua dipekerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas