Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tan] | انتن

Definisi : penumbuk padi, alu; ~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan); bagai ~ pen­cung­kil duri = canggung spt ~ dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tan] | انتن

Definisi : alat penumbuk padi; alu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antan

Peribahasa

Bertelingkah antan di lesung,
     ayam juga yang kenyang.

Bermaksud :

Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
390Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaAntan patah lesung hilang.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas