Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)

586

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Arang itu jika dibasuk dengan air mawar sekalipun, tidak akan putih

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Arang itu jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tidak akan putih''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
29Better death than dishonourLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalahJika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidupWe would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
586Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Arang itu jika dibasuk dengan air mawar sekalipun, tidak akan putihEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Arang itu jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tidak akan putih''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
564Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
594Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Habis air setelaga, arang dibasuh tak putihEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
455In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Genggam bara api biar sampai jadi arangI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi genggam bara api biar sampai jadi arang. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas