203 | Every flow must have its ebb | Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. | Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa | He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. | Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |