Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;berbelas = ~ hati; berasa belas hati; ~ kasihan berasa belas dan kasihan: barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas: banyak cerita yg ~;pembelas (orang yg) mudah atau selalu berbelas hati: Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yg ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata pelengkap utk menyebut bilangan antara 11 hingga 19; se~ sepuluh dan satu; dua ~ sepuluh dan dua;belasan bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun;berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19: dlm suratnya ~ tahun yg telah lalu, disebutnya perkara ini;kesebelasan pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pelengkap sebutan utk bilangan antara 11 dgn 19. berbelas-belas jumlahnya tidak tentu tetapi antara 11 dgn 19: ~ buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. belasan bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. sebelas (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. kesebelas peringkat atau tingkat yg nombor sebelas. kesebelasan pasukan yg terdiri drpd sebelas orang, spt pasukan bola sepak: Dlm pertandingan itu, ~ Brazil berjaya menjadi johan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
526It's six of one and half a dozen of the otherDua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.Seperti lima belas dengan tengah dua puluhMy little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluhPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas