Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.yar] | بلاير

Definisi : 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,

Puisi
 

Belayar dari Mengurung,
     Patah tiang layang-layangan;
Sudah mendapat bunga tempisung,
     Akan dibuang sayang-sayangan.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Belayar ke (di) pulau kapuk.

Bermaksud :

Tidur.

 

Lihat selanjutnya...(15)

279

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul belayar sambil memapan, merapat sambil belayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
280Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Merapat sambil belayar, belayar sambil memapanWe are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul merapat sambil belayar, belayar sambil memapan di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
279Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Belayar sambil memapan, merapat sambil belayarWe are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul belayar sambil memapan, merapat sambil belayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
445Go the whole hogSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
446In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas