Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.du/] | بيدوق

Definisi : sj perahu (utk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai); bersatu ~ dgn bekerjasama dgn; ~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju prb suatu pekerjaan yg dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil; ~ lalu kiambang bertaut prb lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yg bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik; ~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai prb perihal suatu perusahaan yg bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir; ~ satu, nakhoda dua prb a) orang yg menduakan suami; b) suatu pekerjaan yg ketuanya dua orang; ~ serempu sj perahu yg dibuat dgn lunas panjang dan lekuk; ~ upih pengayuh bilah prb tiada berdaya utk mengerjakan sesuatu pekerjaan; lain ~ lain digalang prb a) lain disoal lain dijawab; b) lain yg berbuat salah, lain pula yg tertuduh; pacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak; spt ~ dikayuh hilir prb mengerjakan pekerjaan yg sedia digemarinya; terkatung-katung macam ~ patah kemudi prb peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yg menolong; tertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri prb kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain; tertumpang di ~ tiris prb terikat (tersekutui) pd pekerjaan yg merugikan; tiada ~ karam sebelah prb apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga; berbiduk naik biduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.du/] | بيدوق

Definisi : sj perahu yg dgunakan utk menangkap ikan atau utk memunggah barang-barang di sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biduk

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Biduk tiris menanti karam.

Bermaksud :

Sudah tak tertolong lagi.

 

Lihat selanjutnya...(35)

283

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sambil berdendang, biduk hilir.

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
566Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
283Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Sambil berdendang, biduk hilir.We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
406The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Ada biduk, serempu pulaI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi ada biduk, serempu pula . Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas