Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)

462

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Bunga yang harum itu ada juga durinya

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
373All men must dieSemua orang pasti mati.Bunga gugur putik pun gugurI just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
462Nobody is perfectOrang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.Bunga yang harum itu ada juga durinyaShe has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
82Don't throw pearls to swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Memberi bunga kepada keraI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't throw pearls to swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, memberi bunga kepada kera dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
31Better death than dishonourLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalahDaripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bungaWe would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
77Don't cast your pearls before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Memberi bunga kepada keraI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, memberi bunga kepada kera dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
76A pearl has been cast before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Memberi bunga kepada keraI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So , a pearl has been cast before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, memberi bunga kepada kera dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
199Every flow must have its ebbKesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.Tidak kekal bunga dikarangHe came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, tidak kekal bunga dikarang . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
54Don't bite the hand that feeds youJangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.Lempar bunga dibalas lempar tahiWe gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds youKami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah lempar bunga dibalas lempar tahi .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
78Don't cast your pearls before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Laksana kera dapat bungaI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan laksana kera dapat bunga dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
55Don't bite the hand that feeds youJangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.Kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahiWe gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds youKami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas