Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuangĀ­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campak I

Puisi
 

Budak-budak atas jambatan,
     Campak batu seorang satu;
Ramai duduk di medan,
     Campak pantun seorang satu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap.

Bermaksud :

Mendedahkan keburukan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
120Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Campak baju nampak kurapYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas