Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)

169

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat dia dapat

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
168First come, first servedYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that first come, first served, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
169The early bird catches the wormYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
170The early bird catches the wormYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mataThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
250Haste makes wasteJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
253More haste, worse speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
251More haste, less speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
443Like as two peas in a podSama rupaPelanduk dua serupaWe had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod.Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti pelanduk dua serupa .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
442Like as two peas in a podSama rupaSalin tak tumpahWe had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod.Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti salin tak tumpah .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
441Like as two peas in a podSama rupaSeperti peluru dua setuanganWe had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod.Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti peluru dua setuang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
439As alike two pea in a podSama rupaPelanduk dua serupaWe had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are as alike as two pea in a pod.Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti pelanduk dua serupa .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas