Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing­masing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggang I

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
50Don't bite off more than you can chewJangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.Makanan enggang hendak dimakan oleh pipitDon't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit . Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas