Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[geng.gam] | ݢڠݢم

Definisi : kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja; segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan; tergenggam tercengkam, terkepal; barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan); genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[geng.gam] | ݢڠݢم

Definisi : , = genggaman tangan yg dikepalkan spt ketika orang bertumbuk: Pak Belalang telah disuruh meneka benda yg di dlm ~ raja itu. menggenggam 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. menggenggamkan; ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. genggaman 1 tangan yg dikepalkan; kepalan tangan. 2 benda yg digenggam. dlm ~ ki di bawah perintah atau kuasa. segenggam banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genggam

Peribahasa

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bermaksud :

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
455In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Genggam bara api biar sampai jadi arangI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi genggam bara api biar sampai jadi arang. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas