Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kancah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawah: kuali

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan medan, gelanggang, lembah, arena, dunia, lubuk.,


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
109Don't count your chickens before they are hatchesJangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.Rusa di hutan, kancah sudah dijerangJust because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah rusa di hutan, kancah sudah dijerang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas