Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : kelaparan: harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dlm sebulan; mati kebuluran mati kelaparan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : 1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuluran

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
89Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.(Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluranHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluranPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas