Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ya/] | کويق

Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
49Don't bite off more than you can chewJangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubunDon't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas