Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liar] | ليار

Definisi : 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liar] | ليار

Definisi : 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,

Puisi
 

Ikan haruan ikan liar,
     Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
     Di mana saya hendak diletakkan?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
315A liar is not believed when he tells the truthOrang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
316Nobody believes a liar when he speaks the truthOrang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
165Thatch your roof before the rain beginsBuat persediaan sebelum terlambatSediakan payung sebelum hujan"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.''Kenapa awak bawa payung?'' tanya Dewi. '' Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
164Thatch your roof before rainy weatherBuat persediaan sebelum terlambatSediakan payung sebelum hujan"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
163Dig the well before you are thirstyBuat persediaan sebelum terlambatBerkubu sebelum alah"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before you are thirsty," I replied. " But it's not going to rain today, and it’’s not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Berkubu sebelum alah ,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
162Dig the well before you are thirstyBuat persediaan sebelum terlambatSediakan payung sebelum hujan"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before you are thirsty," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
161Dig a well before it rainsBuat persediaan sebelum terlambatSediakan payung sebelum hujan"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas