Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukah I

Puisi
 

Sayang Cik Ali memasang lukah,
     Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Jangan tuan berhati susah,
     Ibarat rambut disimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menyandang lukah tiga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).

 

Lihat selanjutnya...(11)

407

The more you get, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Tiada lukah yang kenyang oleh air

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi tiada lukah yang kenyang oleh air. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
194To fish in troubled watersCuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.Menahan lukah di pergentinganThe two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
407The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Tiada lukah yang kenyang oleh airI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi tiada lukah yang kenyang oleh air. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas