Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
456In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Ditumbuk dikisar barulah lumatI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi ditumbuk dikisar barulah lumat. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas