Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kan] | ماکن

Definisi : 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. me­lukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar­siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pe­ngantin); ~ besar a) jamuan makan beramai­ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan ma­kanan, minuman dsb; b) jamuan makan ber­sama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (fa­edah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (meng­atasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak peng­alaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sen­diri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn me­meras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak me­nurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acap­kali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kan] | ماکن

Definisi : 1 = memakan mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. 2 apa-apa yg diperlukan utk hidup; rezeki: mencari ~. 3 dpt masuk atau dpt melukai (bkn pisau, paku dll); lut: Beberapa kali pun ditikamkannya, tidak juga ~. 4 dpt berfungsi spt yg ditentukan: Brek keretanya tidak ~. ~ angin pergi bersiar-siar utk berehat-rehat dll. ~ angkat suka dipuji atau suka disanjung. ~ darah a. mengambil keuntungan yg terlalu banyak atau berlipat ganda spt menjual dgn harga yg tinggi atau mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman wang. b. rosak hati atau rosak diri kerana sedih. ~ diri merosakkan diri sendiri. ~ duit (wang) a. menerima rasuah. b. menggunakan wang yg diamanahkan utk faedah sendiri. ~ gaji bekerja utk mendapat wang gaji atau upah. ~ garam telah lama hidup dan banyak mempunyai pengalaman. ~ hati terlalu sangat berdukacita atau menderita. ~ pencen hidup dgn menerima pencen. ~ ransum makan beramai-ramai dlm masa yg ditentukan. ~ riba (bunga) mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman yg dikeluarkan. ~ sorong, = ~ suap menerima rasuah. ~ sumpah, = dimakan sumpah ditimpa bencana kerana tidak mematuhi sumpah. ~ tanah a. tersangat miskin. b. jatuh tersungkur ke tanah. ~ tanggung segala makanannya ditanggung oleh orang lain. ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. ~ tuan merosakkan tuannya sendiri (bkn senjata). memakan, = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. termakan 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. ~ budi telah menerima pertolongan atau kebaikan seseorang. ~ bulan telah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan. makanan apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. ~ seimbang makanan yg mempunyai segala zat makanan (spt protein, vitamin) yg cukup yg diperlukan oleh badan atau utk kesihatan. pemakanan perihal makan; hal-hal mengenai makanan. pemakan 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)

582

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
578Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
582Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
509A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnyaJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
568Don't teach your grandmother to suck eggsJangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kitaOrang tua diajar makan pisang''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Tak usahlah orang tua diajar makan pisang. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
570Don't teach your grandmother to suck eggsJangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kitaJangan diajar orang tua makan kerak''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan diajar orang tua makan kerak. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
569Don't teach your grandmother to suck eggsJangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kitaJangan diajar orang tua makan dadih''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan diajar orang tua makan dadih. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
75If the shoe fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
69If the cap fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
18A barking dog never bitesOrang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.Harimau bertempik tak akan makan orang"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly."Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. “"Harimau bertempik tak akan makan orang ," jawab Ali dengan tenang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
141You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibuThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123

Kembali ke atas