Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
471The pot calling the kettle blackOrang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.Periuk mengumpat belangaMy grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Periuk mengumpat belanga, konon!''Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas