Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.dah] | موده

Definisi : 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), di­harapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : 1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(90)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(45)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
481Practice makes perfectPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
480Practice makes perfectPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Alah bisa tegal biasa''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
479Custom makes all things easyPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Alah bisa tegal biasa''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
172Sooner said than doneCakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah"I suggest that a bell be hung around the cat’s neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly. "Well, sooner said than done ," the old mouse retorted.''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua.Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
171Easier said than doneCakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
250Haste makes wasteJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
253More haste, worse speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
252More haste, less speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Pantas tewasShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. More hasteDia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Pantas tewas.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
251More haste, less speedJika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).Terlalu cepat jadi lambatShe was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
636He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Hati hendak semua jadiMy determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hati hendak semua jadi . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas