Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(52)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
358One man's meat is another man's poisonSesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.Temu pada awak, peria pada teman.Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
484A promise is a promiseJanji yang dibuat hendaklah ditunaikanKerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanyaHe would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
249Something is better than nothingLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
242A little is better than nonLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a little is better than non . Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
247Half a loaf is better than noneLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but half a loaf is better than none. Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
241A crust is better than no breadLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a crust is better than no bread. Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
363Manners maketh manBudi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budiRemember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
246Half a loaf is better than no breadLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but half a loaf is better than no bread. Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
244Better are small fish than an empty dishLebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.Asal ada kecil pun padaWe were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but better are small fish than an empty dish. Yesterday, we didn't have any food at all.Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
362Manners make the manBudi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hatiRemember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.Ingat baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123456

Kembali ke atas