590 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
358 | One man's meat is another man's poison | Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. | Temu pada awak, peria pada teman. | Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! | Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
614 | One good turn deserves another | Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). | Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh. | ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. | ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |