Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)

445

Go the whole hog

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
288Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampauWe are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
445Go the whole hogSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
446In for a penny, in for a poundSesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulauI begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
419A good name is sooner lost than wonNama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas