Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja: bukan sakit sungguh, melainkan ~ saja; berpura-pura berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat; kepura-puraan perbuatan dll yg hanya pura-pura sahaja, kepalsuan: dia ingin mendedahkan segala ~ yg diamalkan oleh gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pura-pura

Puisi
 

Singapura bernama Selat,
     Kain sutera bercampur benang;
Pura-pura hantap melihat,
     Dalam hati syukur mengenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menanduk dengan papar.

Bermaksud :

Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.

 

Lihat selanjutnya...(25)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
287Kill two birds with one stoneMencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayarWe are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.Kami betul-betul seperti sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas