Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~ mempelam buah mempelam yg baru jadi; berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg masih muda dan kecil; buah yg baru jadi: ~ mempelam. berputik 1 mula mengeluarkan putik; mula berbuah: Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah ~. 2 ki tampak tanda-tanda yg menyatakan akan berhasil (ttg usaha dsb). memutikkan ki menjadikan berputik: ~ kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putik (kata nama)
Bersinonim dengan bakal buah, pentil, badik.,

Puisi
 

Putik nanas dalam kebun,
     Ambil sebiji letak di tepi;
Siang berpanas malam berembun,
     Tuan tidak ambil peduli.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bunga gugur putik pun gugur.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
373All men must dieSemua orang pasti mati.Bunga gugur putik pun gugurI just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas