Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.da] | رودا

Definisi : benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu; ~ angin = ~ dua Id basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda (alat) utk me­mandu (kereta dll); ~ penghidupan per­tukar­an keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~ pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin); beroda memakai roda, ada rodanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.da] | رودا

Definisi : bingkai bulat berjari-jari yg di­pasang pd gandar dan dpt berpusing: ~ kereta lembu; ~ basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roda

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
204The wheel of fortune is forever in motionNasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atasDuring her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas