Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pan] | سمڤن

Definisi : sj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~ kotak sampan yg mem-punyai petak-petak; ~ ludang (se­ludang) sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring; ~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu; ada ~ hendak bere-nang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi; bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pan] | سمڤن

Definisi : perahu Cina yg rata be­lakangnya. ~ getah sampan yg dibuat drpd getah dan diisi dgn angin. ~ kotak sampan yg berpetak-petak tem­pat menyimpan barang-barang dsb di buritannya. bersampan menaiki sampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampan (kata nama)
Bersinonim dengan sambuk, perahu, kolek, kayak, kanu;,
Kata Terbitan : bersampan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Berkayuh sampan bocor.

Bermaksud :

Kehidupan yang sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(14)

174

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
66Make bricks without strawMustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.Sampan ada pengayuh tidakWe wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks withoutKita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
174He that would eat the fruit must climb the treeJika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberangFinally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas