Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau/] | ساءوق

Definisi : 1. benda yg digunakan utk mencedok sesuatu, pencedok; 2. = sauk-sauk, sesauk bp sj jaring yg bertangkai utk menangkap ikan (kupu-kupu dll); ~ air mandikan diri prb hidup dgn usaha sendiri; menyauk 1. mencedok, menimba; 2. me-nangkap ikan (kupu-kupu, belalang, dll) dgn sauk; 3. ki memaut dgn tangan (spt hendak memeluk): ia ~ pasangan berdansa; 4. menahan kaki orang dgn kaki sendiri (supaya ia jatuh); 5. mengambil tanpa ke-benaran, menyapu, menyerobot, menyikat: apabila rumah terbakar, adalah orang yg datang hendak ~ barang-barang; 6. Mn meminjam wang perkongsian; ~ kering-kering, membeli habis-habis prb a) menyelidiki sesuatu hal biar sampai jelas; b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke peng-habisannya; menyaukkan mengenakan sesuatu utk me-nyauk, menjerutkan: maka disaukkanlah jerat pd kaki gajah yg lepas itu; tersauk, tersaukkan tertangkap (akan), ter-lingkup (akan), terperap (akan); ter­saukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam prb ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah; saukan Mn sesuatu yg disauk (dipinjam drpd perkongsian dll): barang yg diambil dan wang yg dipakai itu dinamakan ~, pd hitungan perniagaan itu tidak rugi, tetapi pd keadaan, pokoklah yg termakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau/] | ساءوق

Definisi : ark keluh, erang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau/] | ساءوق

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mencedok sesuatu. 2 = sesauk, penyauk jaring yg diberi bertangkai dan digunakan utk menangkap ikan dll. menyauk 1 mengaut sesuatu dgn sauk; mencedok; menimba. 2 menangkap ikan dll dgn sauk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sauk (kata nama)
1. Bersinonim dengan pencedok: senduk, centong, penyedok, gayung, cebok, irus, serok, canting, pencedong, calung, sudip, camca, sudu,

2. Bersinonim dengan sesauk: sauk-sauk, jaring, gombang, pompang, pukat, ambai, selambo, seut, sondong, cang, tangkul, candik, bantau, jala, kisa, rambat, rajut, belat, tangguk,

Kata Terbitan : menyauk, tersauk, tersaukkan,

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
438Paddle your own canoeBerusahalah sendiri, jangan harapkan bantuan orang lainSauk air mandikan diriMy late father advised me: '' Paddle your own canoe, my son, even though the water at times seems rough. So you don't owe anything to others when you secceed.''Arwah bapaku berpesan: ''Anakku, sauk air mandikan diri meskipun ada kalanya payah untuk melakukannya. Jadi, kamu tidak terhutang pada sesiapa pun apabila kamu berjaya kelak.''Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas